Thursday, September 25, 2008

Cyber Troopers Pemuda

Cyber Troopers Pemuda : Unit Tempur Pembohongan Pembangkang Di Alam Siber

Oleh S.A Najmuddin

Kuala Lumpur -- Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan menubuhkan sebuah unit perang siber yang dinamakan 'CyberTroopers' Pemuda UMNO dalam tempoh masa terdekat.

Ketuanya, Datuk Hishammuddin Tun Hussein berkata tujuan utama penubuhan 'CyberTroopers' adalah untuk menyatukan seramai mungkin aktivis-aktivis siber pro-UMNO dan pro-kerajaan agar usaha untuk menegakkan kebenaran dan menangkis pembohongan parti lawan di alam siber dapat dikoordinasikan dengan cekap, pantas dan berkesan.

�Beberapa bulan yang lepas beberapa kumpulan dan individu di kalangan aktivis siber telah datang untuk bertemu dan berbincang dengan kita tentang kaedah bagaimana mereka boleh membantu UMNO dan Barisan Nasional di dalam pilihan raya akan datang.

�Kebanyakan dari mereka amat berpengalaman di dalam perang siber dan telah bergiat aktif sejak tahun 1998 lagi.

�Ada juga di kalangan mereka yang masih belum menjadi ahli UMNO tetapi merupakan symphatiser dan penyokong kuat kepada perjuangan UMNO dan dasar-dasar kerajaan�, katanya.

Jelas beliau apa yang mengkagumkan, walaupun berada di luar UMNO dan tidak mempunyai sebarang kedudukan di dalam UMNO, mereka begitu komited mempertahankan UMNO dan kerajaan.

�Mereka sanggup melakukan segala ini di atas semangat kesukarelaan demi untuk memastikan kedudukan UMNO dan Barisan Nasional terus kukuh, terutamanya di kalangan pengundi muda.

�Kita amat menghargai hasrat dan semangat aktivis-aktivis siber ini. Lebih bermakna lagi, golongan muda ini sanggup tampil ke hadapan dan mengambil inisiatif untuk berkerjasama dengan Pemuda bagi menghadapi pilihan raya yang akan datang�, ujarnya.

Bagi Pemuda UMNO,katanya lagi segala ini membuktikan bahawa gerak kerja Pemuda UMNO untuk mendekati golongan muda dan golongan professional muda telah membuahkan hasil.

�Pemuda sedar bahawa masih terdapat ramai aktivis siber yang sedang berjuang secara bersendirian mempertahankan UMNO dan kerajaan di ruang siber.

�Sehubungan dengan itu, penubuhan 'CyberTroopers' ini akan disegerakan agar semua bakat perang siber dari pelbagai laman web, forum, `chat rooms� dan `mailing list� dapat disatukan secepat mungkin�, katanya.

Melalui kesatuan ini tambah beliau, Pemuda berharap ia akan membolehkan aktivis-aktivis siber ini berkongsi maklumat dan bertukar-tukar fikiran seterusnya memantapkan hujah mereka apabila berdepan dengan aktivis parti lawan.

Untuk tujuan itu jelas beliau 'CyberTroopers' ini akan diletakkan di bawah Unit Media Pilihan Raya Pemuda UMNO di bawah kelolaan pengerusinya, Datuk Mohamed Norza Zakaria dan pelancaran rasminya akan dibuat di dalam jangka masa yang terdekat.

�Dengan tertubuhnya 'CyberTroopers', Pemuda UMNO amat berharap agar lebih ramai lagi aktivis siber yang tampil, sama ada lelaki mahupun wanita, yang masih berada di dalam lingkungan usia pemuda ataupun bukan, yang sudah menjadi ahli UMNO ataupun yang masih belum, untuk bergabung tenaga dengan Pemuda UMNO di dalam perjuangan menegakkan agama, bangsa dan negara�, katanya.

Untuk menyertai 'CyberTroopers', aktivis-aktivis siber boleh mendaftarkan diri di Laman Web Pemuda UMNO, www.pemudaumno.org.my dan mendapatkan maklumat lanjut di situ.